Kemudahan Pulau Burung, Negeri Sembilan

Pulau Burung menempatkan salah satu hutan paya laut di Negeri Sembilan yang menempatkan tiga spesies pokok paya bakau iaitu api-api puteh (avecennia alba), bakau minyak (rizophora apiculata) dan bakau kurap (rizophora mucronata).

Sebuah jambatan telah dibina bagi menghubungkan pulau ini dengan pantai berdekatan. Laluan pejalan kaki juga telah disediakan bagi pelancong di sekeliling pulau. Terdapat sebuah menara tinjau yang terletak pulau itu.